Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Showing posts with label petua kesihatan. Show all posts
Showing posts with label petua kesihatan. Show all posts

Wednesday, February 7, 2018

Aneka Petua

Pelbagai petua boleh digunakan untuk memudahkan aktiviti harian kita. Ratu ada terbaca melalui sebuah majalah. Ratu tertarik untuk kongsikan di sini. Semoga ianya memberikan manfaat kepada kita semua.

* Gula untuk membersihkan daging
Bukan mudah untuk membersihkan daging khususnya daging yang baru disembelih. Baunya memang agak hamis. Walaupun telah berkali-kali basuh namun darahnya masih banyak lagi . Bagi mengatasinya, basuh daging dengan gula. Gaul daging dengan gula, biarkan seketika dan kemudian bilas.

* Tepung hilangkan hanyir ayam
Gaul ayam dengan tepung gandum dan biarkan seketika. Kemudian basuh ayam hingga bersih. Jika tepung gandum habis, tepung jagung juga boleh digunakan.

* Lendir lidah buaya kecutkan jerawat dan tegangkan wajah
Untuk kecutkan jerawat, sapukan bahagian yang bermasalah dengan lendir lidah buaya. Lakukan sekerap yang mungkin. Jerawat akan kecut tanpa meninggalkan parut. Malah kulit muka juga akan tegang. 


* Lemon nyahkan bau hapak
Bekas makanan yang lambat dibasuh akan meninggalkan bau hapak. Bekas makanan yang terlalu lama disimpan juga mengeluarkan bau yang kurang enak. Cara untuk menghilangkannya, rendam bekas makanan bersama air dan hirisan lemon. Hasilnya bau-bauan itu pasti akan hilang.

* Yogurt lembutkan rambut
Rambut yang keras, kering dan bercabang pasti membuatkan kaum wanita tertekan. Jangan sedih. Sapukan rambut dengan yogurt asli dan jadikannya seperti masker. Kemudian balut dengan tuala dan biarkan selama 20 minit. Lepas tu, bilas dengan bersih. Amalkan 2 kali seminggu

Tatapan dari,

Sunday, October 15, 2017

Aneka Petua Di Dapur

Kali ini Ratu ingin kongsikan pelbagai petua yang mana petua ini boleh kita amalkan khususnya untuk rumah kita. Petua ini Ratu baca di salah sebuah majalah dan Ratu kongsikan di sini.

Serbuk kopi bantu halau cicak
Cicak sememangnya musuh utama pemilik kediaman. Caranya memghalaunya ialah dengan mencamourkan serbuk kopi dengan serbuk tembakau dengan sedikit air. Bentukkan bulat-bulat kecil. Gunakan pencungkil gigi dan cucukkan campuran serbuk tersebut yang telah dibentukkan bulat di bahagian hujung pencungkil gigi tersebut. Letakkan di bahagian dalam rumah yang gelap seperti di belakang almari, perabot dan sebagainya. Apabila cicak nampak, pasti dia akan makan dan akhirnya dia akan mati. 


Bersihkan Kerak lidah dengan kunyit
Selain dari kunyit, kerak di atas lidah boleh guna dibersihkan menggunakan berus gigi. Kalau ingin menggunakan kunyit, campurkan kunyit yang telah ditumbuk atau dikisar bersama dengan air, kemudian jadikan ianya sebagai bahan kumur. Lebih baik diamalkan sebelum tidur. Lakukan sekerap yang mungkin hingga lidah anda benar-benar bersih.

Cuci tilam dengan baking soda
Agak sukar untuk mencuci tilam khususnya tilam katil kerana agak berat. Gunakan 1 cawan baking soda di dalam bekas kecil. Kemudian, titiskan 4 hingga 5 titis minyak lavender . Kacau sebati dan tuangkan ke atas tilam menggunakan penapis.Biarkan selama 1 jam atau lebih untuk tujuan ia menarik dan menangkap segala kotoran, kelembapan dan bau. Akhir sekali, sedut kotoran tersebut perlahan-lahan menggunakan vakum.

Gunakan gula untuk kurangkan bolu roma
Cara untuk mengurangkan bulu roma menggunakan pencukur pastinya bukan penyelesaian yang baik. Pastinya ia akan tumbuh lebih lebat dari sebelumnya. Cubalah kaedah tradisional ini iaitu dengan mengambil 2 sudu besar jus limau nipis dan sedikit gula pasir. Satukan kedua-dua bahan ini dan sapukan ramuan tadi di tempat yang ditumbuhi bulu roma yang lebat. Biarkan seketika sehingga ia kering dan bilas dengan air sebersih-bersihnya. Amalkan petua ini 2 kali sehari hingga bulu roma gugur dengan sendirinya.

Serbuk msg jadi penggalak tanaman
Monosodium glutamate atau MSG telah menjadi viral sebagai penggalak kesuburan tanaman yang mana ianya bertindak memberi booster kesuburan pokok selepas baja. Bagi pokok-pokok kecil seperti sawi, kangkung, bayam, gunakan satu sudu makan serbuk MSG bersama lima liter air. Kemudian siram dan semburkan pada keliling pokok. Lakukan seminggu sekali. 

Semoga petua-petua ini sangat membantu anda semua. Selamat mencuba !!!

Tatapan dari,

Wednesday, December 9, 2015

Rawat Diri Dengan Sumber Alam Semulajadi

Hendak tahu beberapa tips kesihatan. Di sini Ratu kongsikan melalui ilmu yang Ratu perolehi dari salah sebuah majalah.

HILANGKAN KELEMUMUR
Perahkan air limau purut atau limau nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Ingin hasilnya lebih baik, biarkan rambut diperap dengan tuala. Kemudian basuh dengan air suam. Selain itu, petua ini juga dapat membantu mengurangkan pening kepala.


MERAWAT PANAU
Panau memang membuatkan kita rasa kurang selesa kan. Ambil halia dan tumbuk lumat. Kemudian tempelkan pada kawasan panau. Amalkan sehingga panau hilang.

BEBAS DARI JERAWAT
Rebus segengam biji kani di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Manjakani atau buah kani ini boleh dibeli di kedai-kedai india. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yang bermasalah jerawat. Tunggu sehingga kering dan cuci dengan bersih. Amalkan setiap hari.

TEGANGKAN KULIT MUKA
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun hendaklah di sagat atau dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau hingga rata dan jangan terlalu cair. Pekat lagi bagus. Tampalkan pada muka seperti memakai masker. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air bersih.

KULIT CERAH DAN LICIN
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. Insya Allah, kulit akan licin, cerah dan harum.

NYAH BAU BADAN
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi bersama airnya. Amalkan selalu. Boleh juga diamalkan dengan minum air rebusan serai, halia, kulit kayu manis dan lada hitam.

MEMERAHKAN KULIT MUKA
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan kering selama 20 minit.  Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2 hingga 3 kali seminggu. Seluruh kulit muka akan kemerah-merahan, ia juga menjadi licin.

Selamat mencuba !!!

Tatapan dari,

Monday, November 23, 2015

Khasiat Sesudu Madu

Ratu ingin kongsikan di sini melalui apa yang Ratu baca melalui majalah mengenai madu. Seperti mana yang kita tahu sejak zaman dahulu lagi, madu bukan sahaja dijadikan makanan kesihatan malah ia juga digunakan secara meluas untuk merawat pelbagai masalah kulit dan dipercayai mampu merawat kecantikan dalaman wanita. 

Antara khasiat madu :-

MENYEGARKAN TUBUH DAN WAJAH
Pengambilan secara konsisten mampu memberi tenaga kepada tubuh sekaligus menaikkan seri wajah. Amalkan 1 sudu madu setiap hari ketika perut kosong. Tapi perlu diingatkan !!! Elakkan menggunakan sudu besi sebaliknya gunakan sudu plastik kerana ianya dikatakan dapat mengekalkan khasiat madu. 

MELINDUNGI DAN MELEMBAPKAN KULIT
Kandungan antioksidan dalam madu dapat melindungi kulit daripada jangkitan. Ianyanya juga membantu memulihkan luka dan mengatasi pelbagai masalah seperti bintik-bintik hitam serta jerawat. 

Gunakan madu sebagai masker wajah. Oles madu pada wajah, kemudian biarkan kering. Bersihkan wajah dengan air perahan limau nipis. Lakukan petua ini 2 kali seminggu, kulit wajah akan kelihatan lembap dan kemerahan. 

AWET MUDA
Khasiat dalam madu dikatakan dapat menentang radikal bebas. Ianya bersifat antipenuaan. Minum madu bersama perahan lemon atau madu bersama air suam. Ia bukan sahaja melawas malah membantu membuang toksin dalam tubuh badan.

SEBAGAI PEMBERSIH WAJAH
Madu juga boleh dijadikan sebagai pembersih wajah. Kandungan enzim dalam madu apabila dicampur dengan air menjadi cairan lembut yang dapat membersihkan kotoran dari dalam dan membuatkan kulit wajah lembut dan tegang. Ia adalah pembersih semulajadi yang selamat dan berkesan. 

MENGATASI JERAWAT DAN PARUT
Madu sangat mujarab untuk mengecutkan dan menghilangkan jerawat tanpa meninggalkan parut. Madu merawat kulit dari dalam seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan licin. Ia juga dikatakan dapat menghilangkan parut pada wajah. Sapukan madu pada bahagian yang bermasalah, biarkan sehingga kering. Kemudian, bilas dengan air suam.

MENCERAHKAN KULIT
Untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus dan cerah, kita boleh berendam dalam tab yang dicampur dengan madu, susu dan air mawar. Kombinasi ramuan ini mampu meredakan tekanan dan menjadikan kulit gebu. Ia juga merawat tubuh  dengan cara yang lembut.

ATASI BIBIR HITAM
Bagi anda yang mengalami masalah bibir gelap atau hitam, sapukan madu pada bibir setiap malam. Sebaik sahaja bangun tidur, bersihkan bibir dengan air suam. Lakukan secara konsisten sehingga bibir anda menjadi kemerahan. 

Semoga tip ini dapat membantu anda.

Tatapan dari,

Friday, October 30, 2015

Rawat Diri Dengan Sumber Alami

Kali ini Ratu ingin kongsikan beberapa tip merawat diri menggunakan bahan-bahan semulajadi. Ratu terbaca tips ini di dalam salah sebuah majalah. 

*  GARAM UBATI SAKIT GIGI
Petua ini elok dilakukan bagi menghindarkan diri dari sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi, Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan jadi lebih putih berseri. 

*  MENGHILANGKAN BISUL
Apabila anda terkena bisul, jangan dibiarkan begitu sahaja hingga ia membesar yang bukan sahaja sakit malah akan sukar diubati. Oleh itu, bila anda sedar terkena bisul, cepat-cepat ambil bawang putih. Gosoklah bisul anda dengan bawang putih. Berkat air bawang putih yang berbau tengik itu, bisul tidak sempat membesar akhirnya akan mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.

*  LIMAU WANGIKAN RAMBUT
Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, selepas itu cuci bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan pening dan menyejukkan rambut.

*  GULA UBAT LUKA
Jika bibir luka dan berdarah kerana terhantuk pada benda keras, ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah. Anda akan dapati darah itu akan berhenti dengan segera.

*  BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN
Kadang-kadang tanpa disedari, badan terkena bintik-bintik merah. Ia mungkin disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, jangan panik. Ambillah sepotong kunyit, parut dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuan tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan pada bahagian bengkak itu. Insya Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.

*  UBI KAYU UBAT SAKIT GASTRIK
Sudah tentu kita tidak selesa kalau gastrik menghampiri. Menurut orang tua-tua cara mengubatinya ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar atau masih muda. Kupas kulitnya dan dicuci bersih. Kemudian potong ubi kayu itu sepanjang 5 cm. Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong iaitu pada sebelah pagi, tengah hari dan petang. Pada sebelah pagi sebelum makan ubi tersebut, makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit. Lakukan ini setiap hari sampai 3 minggu atau sebulan.

Semoga tips ini dapat membantu anda semua.

Tatapan dari,

Wednesday, September 30, 2015

Rawat Diri Dengan Sumber Alam

Kali ini Ratu ingin kongsikan di sini beberapa petua kesihatan yang Ratu ambil dari salah sebuah majalah yang Ratu baca.

ATASI MASALAH BULU KETIAK
Antara paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit hidup. Caranya, cabut semua bulu ketiak. Selepas itu celup ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya beberapa kali hingga masalah anda selesai. 

Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.

PELEMBAP MUKA SEMULA JADI
Ambil beberapa lebar daun kubis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisar daun kubis sehingga halus dan gaulkan kedua-dua bahan ini. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Cara pembersihan menggunakan kapas lembap dan bersihkan dengan lembut. Pastikan kulit anda akan sentiasa lembap dan tegang.

PENAWAR KURAP
Jika ada dikalangan anda yang mengalami masalah kurap, ini adalah petua mudah menyembuhnya. Ambil beberapa helai daun peria dan cuci hingga bersih. Kemudian ramas-ramas daun itu dan gosokkan pada badan atau bahagian tubuh yang dijangkiti. Lakukan beberapa kali sehingga sembuh

KURANGKAN SAKIT GIGI
Sakit gigi amat menyakitkan. Ia membuatkan anda tidak tenang, cepat marah dan tidak boleh membuat kerja dengan selesa. Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan masukkan ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan.

RAMBUT LAMBAT BERUBAN
Ada petua mudah mendapatkan rambut hitam berkilat dan juga lambat beruban. Apabila membancuh teh, hampasnya jangan terus buang. Setiap pagi, apabila mandi basahlah rambut dan gosokkan rambut dengan air rendaman hampas teh. Lakukan banyak kali, Selain rambut menjadi hitam pekat dan lembut, ia juga membuatkan rambut lambat beruban.

Moga tips ini membantu. Selamat mencuba

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267